(Komuniti) Program Memperkasakan Ekonomi Ummah dan Lestari Akaun Tabung Haji (TH) di Kampung Semop

19 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mac 2019, Pusat Internet Semop telah dijemput untuk memeriahkan Program Memperkasakan Ekonomi Ummah dan Lestari Akaun Tabung Haji (TH) di Kampung Semop yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Semop. Program ini merupakan anjuran bersama Tabung Haji (TH) Cawangan Sibu dan JKKK Kampung Semop.

Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya walaupun baru pertama kali diadakan buat komuniti Kmapung Semop. Program ini telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada hari tersebut iaitu:

Aturcara Program:
• Pendaftaran Haji
• Hibah Amanah / Penamaan
• Mengemaskini Akaun
• Membuat potongan gaji untuk diri sendiri dan keluarga
• Link Kad bank BIMB, CIMB, Maybank dengan akaun TH.
• Penggunaan Aplikasi THiJari
• Kelab TAHA
• Simpanan Wang
• Pembukaan Akaun Dewasa dan Kanak-kanak.
• Bersurai

Tahniah dan syabas kepada Staff Tabung Haji (TH) Cawangan Sibu dan semua yang terlibat dengan program ini secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga kepada Tuan Kamri bin Haron, Ketua Kaum Kampung Semop yang sanggup sama-sama turun padang memeriahkan program ini. Akhir sekali, terima kasih kepada Penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang tempoh program tersebut. Semoga program ini selalu dianjurkan di Kampung Semop.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali